Public Diary
First and foremost
Dalam post pertama ini, aku nak bagitahu tujuan blog ini diwujudkan hanyalah sebagai diary awam semata-mata. Semoga tak ada yang jumpa, tak ada yang kenal, tak ada yang cari untuk tujuan ugutan. Haruslah terpaling famous walaupun tak ada siapa yang baca.
Tahun ni
aku tak ada azam pun lagi, setiap bulan cuma tunggu hari gaji walaupun jarang
buat perkara yang bermanfaat di tempat kerja. Apabila aku luahkan kepada kawan-kawan
zaman belajar dulu, diorang cakap baguslah tak ada kerja tapi duit masih masuk.
Tapi aku tak rasa ada kemajuan diri, tak ada pencapaian dalam hidup, dan tak
nampak masa depan. Ye aku bohong je konon-konon nak stay dengan mana-mana syarikat selama 5 ke 10 tahun. Kalau tak ada career progression, gaji pulak sendu, apa yang kita boleh buat? Lari!
Dalam mencari
kerja seterusnya, gaji dalam bidang ni pun masih di taraf miskin B40 (sedih). Aku
tak dapat pun eMadani? Dah la miskin, bantuan pun tak dapat. Tahu-tahu je gaji
aku lebih RM100k setahun. Ada juga tanya di Instagram @malaysianpaygap,
rata-rata mencadangkan untuk aku tukar bidang, cari kerja di bahagian sales
atau marketing untuk dapat komisyen, dan boleh ada masa depan. Tapi aku dah
pernah bekerja di bahagian retail, penat.
Beberapa
(puluh) jawatan aku dah mintak di Indeed, Jobstreet, dan sebagainya untuk jawatan
Sales Represantative, cuma satu je yang call semula. Jawatan-jawatan lain dalam
bidang yang sama pulak gaji sedih. Jadi aku pergi berjumpa seorang trainee di
sebuah universiti swasta untuk dapatkan kaunseling.
Sesi pertama ada lah menangis sekali – dua kali sebab meluahkan perasaan gitu. Apa yang sedih entah walhal tempat kerja tak stress pun. Sesi kedua aku bagitahu hasrat aku nak sambung belajar untuk mencapai cita-cita kedua, dia pun suruh isi Holland Code Career Quiz untuk tengok personaliti aku selari tak dengan cita-cita yang aku nak pergi ni. Pulak, kali kedua jumpa dah kena jawab exam. Tapi sikit je, dan menarik la sebab kita akan ada setiap code tu tapi, akan ada yang dominan. Code yang dominan boleh tunjuk interest kita terhadap sesuatu pekerjaan tu. Tapi boleh berubah jugak, based on pengalaman, dan apa yang kita sedang buat.
![]() |
| Tengoklah, kalau kau suka mencerca sesuai ke tidak nak jadi doktor. |
Sesi ketiga (terakhir) dia tanya apa plan aku, certain ke nak sambung belajar, kalau tak dapat kerja lepas sambung belajar tak apa ke, am I willing to take that risk, what stops me from doing so, dan sebagainya. Recapped and terminated.
Sekarang,
aku mungkin akan berhenti kerja yang membosankan ini dan sambung Master’s full
time. Atau tak quit kerja bosan ni tapi sambung belajar part time. Setelah
membaca pengalaman-pengalaman orang lain macam tak mampu nak bekerja full-time
sambil belajar. Tengoklah nanti, sebab nak tanya ada PG4U promotion dekat Shah
Aley untuk UiTM. Kenapa uni purple? Sebab tu yang paling murah, kita pulak
sengkek macam mana nak sambung belajar dekat tempat mahal-mahal.
Syarikat
sekarang (tidak dinamakan) ni tak ada kenaikan gaji, tak ada bonus, cuti
tahunan pun sendu. Cuma yang bestnya mungkin workload yang tak banyak, tempat
kerja relaks. Kalau aku belajar full time, mungkin akan aku cari kerja part
time. Dengan peningkatan kos sara hidup, dan gaji di tangga yang masih sendu di
Malaysia ni, mungkin aku akan menagih dan meminta dari ibu bapa.


Comments
Post a Comment